PELAWAK dan usahawan Shuib sudah memperoleh beberapa maklumat peribadi seorang pengguna TikTok yang melemparkan pelbagai tuduhan jahat terhadapnya dan isteri.
Shuib atau Shahmira Muhammad, 40, berkata, dia juga sudah mendapat alamat terkini lelaki terbabit dikenali sebagai CEO Heelmie walaupun dia dikatakan sering berpindah-randah.
“Alamat dan nombor telefon dia saya sudah ada. Ada orang cakap dia suka berpindah-randah. Dah macam gelandangan pula, kata diri CEO.
Shuib berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok.