SELEPAS kejayaan showcase pertama yang berlangsung pada malam Sabtu lalu, penyanyi Nabila Razali lebih yakin untuk mengadakan persembahan dalam skala lebih besar seperti konsert pada masa hadapan.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, sebelum ini dia ada rasa bimbang dan tidak percaya pada kemampuan diri apatah lagi perlu mempunyai stamina yang baik untuk menyanyi lebih banyak lagu jika mengadakan konsert.
“Sebelum ini saya sering tertanya-tanya boleh ke kalau nak buat showcase sampai kena menyanyi 10 buah lagu? Tetapi bila melihat persembahan malam ini (Sabtu lalu) saya jadi lebih yakin dan percaya diri.

Nabila menjayakan showcase bersama Insomniacks.






