PELAKON Sherry Ibrahim meminta aktor Fattah Amin terus kuat demi anak dan keluarganya selepas sah bercerai pada pagi Isnin.
Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, berkata, apa yang berlaku ada ujian dan dugaan dan menyifatkan hanya manusia sabar dapat melaluinya dengan tenang.
“Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi.
Sherry menitipkan pesan buat Fattah untuk terus kuat menghadapi ujian.