BAKAL memulakan persaingan dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), penyanyi Sheila Abdul memberitahu antara perkara yang menjadi kebimbangannya adalah komen terbuka netizen di media sosial.
Bukan bermaksud tidak menerima sebarang kritikan, namun Sheila atau Nursheila Abdullah, 36, bimbang membaca respons peminat yang kini jauh berbeza berbanding ketika di awal kemunculannya sekitar tahun 2008.
“Komen netizen adalah antara yang mengerikan buat saya… sebab dahulu ketika awal kemunculan tidak ada perkara sebegini. Sekarang ini sesiapa sahaja ada hak bersuara di sosial media.
Sheila teruja membuat kemunculan semula di pentas GV11.