SETELAH sekian lama menyepi, penyanyi Sharifah Zarina kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi lagu terbaharu berjudul 40.
Mempunyai mesej tersendiri, Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, menyifatkan lagu ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sudah menginjak usia 40-an untuk terus yakin menjalani kehidupan.
“40 adalah sebuah lagu yang mewakili mereka yang berada dalam lingkungan umur 40-an dengan mesej ’40 masih muda’ dan menjadi seruan untuk menyambut kehidupan dengan semangat dan keyakinan.
Zarina berharap lagu terbaharunya mampu membakar semangat pendengar.