PASANGAN duo Sharif dan Syaiful meluahkan rasa bimbang susulan isu sebuah pertubuhan yang didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai buat mangsa perang di Palestin.
Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, bagaimanapun berkata, isu terbabit tidak mematahkan semangat mereka untuk terus membuat sumbangan sekiranya memenangi pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3).
“Hasrat menyumbang kepada tabung Palestin akan diteruskan sekiranya kami menang di separuh akhir dan final dua minggu lagi. Itu adalah sasaran kami,” katanya kepada mStar.
Sharif (kiri) dan Syaiful mahu terus bantu Palestin.