PELAKON dan pengacara Shamsul Ghau Ghau terkilan apabila tidak dapat menghadiri proses pengebumian sahabatnya iaitu Allahyarham Hamdan di Ipoh, Perak pada Jumaat lalu.
Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, berkata, perasaan itu masih tersemat di dalam hati kerana hubungan mereka terlalu rapat selain berasa ralat tidak dapat bertemu buat kali terakhir dengan sahabatnya itu.
“Hubungan kami sangat rapat sampai dia nak ‘pergi’ tempoh hari saya masih mengikuti perkembangan arwah di dalam grup sembang kami iaitu Keluarga Senario.