LEBIH setahun tidak terlibat dengan sebarang penggambaran, pelakon Aniq Suhair akur jika peminat semakin melupakan kehadirannya dalam industri seni.
Memilih berehat panjang, bagi Aniq atau Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, keputusan memberi fokus kepada pengajian adalah terbaik buatnya ketika ini.
“Rezeki itu dari Allah… Saya tiada rasa bimbang kalau orang sudah lupakan nama saya. Jika betul pun orang lupa, saya tidak boleh buat apa-apa.
Aniq lebih utamakan pelajaran.