ABANG penyanyi Tajul iaitu Abdullah Mahmud Md Shari meninggal dunia pada pukul 9 pagi Khamis akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 27, berkata, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak kebelakangan ini sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan sejak seminggu lalu.
“Abang saya memang tak berapa sihat, ada banyak penyakit seperti kencing manis dan beberapa penyakit kronik lain.
Tajul memaklumkan berita pemergian abang di Instastory miliknya.