PENYANYI Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur urusan rujuk bersama suami iaitu Dr Rushdi Ramli sudah diselesaikan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pada Isnin.
Dengan pengesahan itu, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, memberitahu mereka kini kembali sah bergelar suami isteri dan menyifatkan segala ujian yang berlaku sebelum ini mempunyai hikmah.
“Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah.
Nora dan suami (dua dari kiri) bersama wakil peguam mereka.