FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) edisi ke-33 bakal memperkenalkan semula kategori Dokumentari Terbaik yang kali terakhir dipertandingkan pada lima tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmi Saifuddin bin Mutalib berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah untuk menghargai penghasilan pelbagai bentuk karya di Malaysia.
“Anugerah dokumentari terbaik akan dipertandingkan semula sebagai satu langkah kerajaan menghargai dan memartabatkan pelbagai genre dan bentuk karya dalam industri perfileman.