MEMEGANG prinsip hidup yang sama merupakan antara sebab pelakon Hanis Zalikha bulat hati memilih aktor Hairul Azreen sebagai suaminya 10 tahun lalu.
Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 35, bersyukur kerana dipertemukan dengan Hairul yang disifatkan sebagai sekufu dalam pegangan hidup.
Malah katanya, Hairul, 37, bukan sahaja tidak merokok dan menjauhi perkara terlarang tetapi juga sarat dengan sikap pemurah dan mempunyai empati terhadap orang lain.
Hanis berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory pada Isnin.