PELAKON Yana Samsudin mendedahkan dia dan keluarga dijangkiti Influenza A namun hanya dirinya mengalami gejala yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukka ke hospital.
Yana atau Nurliana Samsudin, 39, beerkata, jangkitan tersebut bermula daripada dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.
“Itulah Yana dah pesan dengan anak-anak, kalau nampak ada orang demam, lari dan jangan main dengan dia… tapi mereka main juga.