SEMAKIN menjadi perhatian dan tidak terlepas daripada kontroversi, penyanyi Nadeera menganggap ia sebagai satu lumrah yang perlu dilalui sebagai anak seni.
Kata Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 31, ia juga satu pengalaman berbeza kerana sebelum ini namanya kurang dikenali berbanding selepas bergelar juara program Big Stage 2023.
“Sebelum ini nama suam-suam kuku sahaja dan tiada sebarang kontroversi. Sekarang ini apabila nama semakin orang kenal, sudah pula terpalit dengan cerita yang kurang enak didengar.
Nadeera bersyukur namanya kini semakin diterima baik peminat.