BERDEPAN ujian rumah tangga tahun lalu tidak membuatkan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi mengalah sebaliknya berjaya membuktikan mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, berkat kesabaran dan usaha dia berjaya memiliki sebuah kenderaan jenis Honda HR-V yang dibeli pada April 2023.
Mengimbau kepayahan bergelar ibu tunggal, Shuhada mendedahkan ketika bercerai dengan Hafidz dia langsung tidak mempunyai sebarang simpanan dalam akaun.
Anak-anak menjadi kekuatan Shuhada.