SUSULAN diserang penyakit angin ahmar buat kali kedua pada 16 Julai lalu, pelawak veteran Sathia sudah tidak boleh memandu kereta sekiranya hendak ke mana-mana.
Sathia atau Sathia Periasamy, 60, sebaliknya memberitahu dia kini lebih banyak menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak kerana ia lebih selamat berbanding memandu seorang diri.
“Selepas kena serangan angin ahmar baru-baru ini saya sudah tak boleh memandu… Sekarang kalau nak ke mana-mana saya akan naik Grab,” katanya kepada mStar.