KETIKA pelbagai isu hangat muncul membabitkan program realiti yang sedang bersiaran di televisyen termasuklah kontroversi melibatkan pengacara, pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim terpanggil menyuarakan pandangannya mengenai perkara itu.
Mengakui tidak senang menonton perbalahan dalam rancangan televisyen, Sarimah, 45, berkata seseorang pengacara ditugaskan untuk menghiburkan penonton dan bukannya saling bersaing di antara satu sama lain.
“Saya tak boleh biarkan diri saya menonton mana-mana persembahan yang berdebat di atas dan di luar pentas yang bercakap mengenai hal peribadi dan semua perkara melibatkan mereka.
Luahan Sarimah di laman Twitter X seakan berkait dengan isu ketika ini.