PEMPENGARUH media sosial dan pelakon Sabrina Azhar tidak pernah berdepan diskriminasi atau layanan berbaur rasis sepanjang menetap di Korea Selatan.
Sabrina, 24, menjelaskan dia tidak berdepan situasi itu walaupun berhijab mungkin disebabkan dia mahir berbahasa Korea.
Katanya masyarakat di negara itu sebenarnya mesra namun kekangan bahasa menjadi faktor mereka bersikap sombong dengan pelancong.