PELAKON veteran Normah Damanhuri mendedahkan kisah sebenar di sebalik nama panggilan Satria yang diberikan kepada cucunya iaitu Fitri Farok.
Cerita Normah, 69, cucunya yang juga merupakan Naib Juara Hero Remaja 2023 ini disapa dengan nama berkenaan kerana dilahirkan di dalam kereta Satria Hatchback miliknya, 24 tahun lalu.
Ketika kejadian, Normah berkata dia memandu kenderaan itu membawa anaknya iaitu Nor Lydia Rosli ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz), Selangor.
Normah menyaksikan sendiri kelahiran cucu di depan mata.