HARGA rumah yang dikatakan terlalu tinggi membuatkan pelakon Diana Danielle tidak berhasrat untuk membeli kediaman buat masa ini.
Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, dia bimbang terpaksa menanggung kerugian jika tiada pembeli sekiranya mahu menjual semula aset tersebut.
“Nak jual semula tak ada pembeli dan akhirnya menanggung kerugian. Beli emas sahaja tak sakit hati,” katanya.
Diana berkongsi pendapat di aplikasi X.