MASALAH kesihatan dialami dramatis Mak Jah membuka hati Datuk Rosyam Nor menghulurkan bantuan berupa sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pelakon itu bergerak.
Terharu dengan hadiah tersebut, Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, berkata, Rosyam menghubunginya selepas membaca kepayahan hidup dan masalah kesihatan dihadapinya yang dilaporkan mStar pada September lalu.
Kata Mak Jah, dia sebenarnya hanya bergurau meminta kerusi roda daripada aktor itu namun tidak menyangka Rosyam menghantar kerusi roda elektrik tersebut ke rumahnya.