PELAKON Rita Rudaini meminta agar tidak pernah takut kehilangan tawaran kerja sekiranya nama mereka diboikot.
Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, sebaliknya memberitahu mereka perlu percaya kepada rezeki yang sudah ditentukan Allah.
Kongsi Rita, dia sendiri pernah melalui pengalaman sama apabila diboikot gara-gara enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 tiga tahun lalu.
Rita yakin rezeki dikurniakan oleh Allah SWT dan bukannya manusia.