USAHAWAN dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura tidak dapat menahan sebak apabila anak tunggalnya berkongsi cerita bermimpi bertemu Allahyarham isterinya iaitu Akiko Okumura pada Isnin.
Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anaknya iaitu Sky Taizo Okumura bermimpi ibunya menghantar mesej memberitahu ingin pergi buat selamanya.
“Tadi sebenarnya dia baru lepas menangis dalam kereta. Sebelum dia nangis, abang nangis. Kami berdua menangis sahaja. Macam itulah, baru lagi (pemergian isteri) lama-lama insya-Allah okay.
Sky berkunjung ke rumah Zarina (kiri) selepas berbuka puasa.