PASANGAN pempengaruh media sosial Alif Teega dan Aisyah Hijanah menyifatkan pengalaman direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari sebagai pengajaran bernilai dalam hidup mereka.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, pengalaman itu juga menjadikan mereka sebagai manusia lebih matang dalam mengharungi cabaran hidup.
“Saya ambil ia sebagai satu pengalaman dalam hidup. Pada usia 26 tahun, kita rasai pengalaman sebegitu, sebelum ini kita ingat hidup kita selesa. Jadi kali ini Allah bagi ‘rasa’.
Aisyah dan Alif berkongsi pengalaman direman SPRM menerusi siaran langsung di TikTok perniagaan mereka.