LANGKAH berani mengetengahkan babak ‘daring’ di dalam drama Rampas Cintaku membuahkan hasil apabila diterima penonton di negara China.
Menurut Ketua Kandungan iQIYI Malaysia iaitu Zebedee De Costa, dia menganggap satu kerjayaan baharu selepas drama berkenaan berjaya meraih 1 juta tontonan di negara itu.
“Saya ambil langkah berani di dalam drama Rampas Cintaku kerana mahu cerita itu mengembara, dan ia berjaya. Kami menerima kritikan untuk drama itu.
Lakonan Fasha Sandha dan Afieq berjaya tambat hati penonton.