SEJAK disahkan menghidap kanser limfoma, cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail sering berkongsi perkembangan terkininya yang sedang menjalani rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Redzuawan atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan memberitahu dia mula mengalami simptom keguguran rambut yang menjadi salah satu kesan sampingan rawatan berkenaan.
Tidak hanya ketika mandi, Chef Wan turut memberitahu rambutnya juga gugur ketika baring.
Luahan Chef Wan selepas lihat rambutnya mula gugur.