KEPUTUSAN pelakon Ijoy berkahwin dengan penyampai radio Sharifah Shahirah yang ketika itu merupakan seorang ibu tunggal mengundang kata-kata negatif kononnya perkahwinan mereka itu tidak akan bertahan lama.
Shahirah atau mesra disapa Shiera, 51, bagaimanapun tidak mempedulikan pandangan dilemparkan orang ramai itu, sebaliknya bersyukur perkahwinan itu masih bertahan dan mereka kini bahagia bersama empat orang cahaya mata.
“Masa mula-mula kami kahwin pun ada orang cakap yang hubungan kami tak akan lama (bertahan).