TABUNG Bantulah Fiza yang dilancarkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM40,585.34.
Ia bagi membantu wartawan hiburan iaitu Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, yang meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London pada Khamis lalu.
Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata sumbangan tersebut akan disalurkan kepada akaun suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli yang ketika ini berada di London.