PENERBIT Datuk Rafiena hilang sabar apabila seorang pelakon wanita lewat 40-an didakwa cuba memburukkan nama produksi drama bersiri Kerana Seorang Lelaki selepas dikatakan tidak membuat pembayaran kepada artis.
Rafiena atau Rafiena Ezanee Ramli, 43, berkata, pelakon wanita berkenaan juga dikatakan tidak membalas mesej yang dihantar secara peribadi sebaliknya terus membuat kecoh di kumpulan WhatsApp.
“Kalau saya tidak jawab dalam tempoh 24 jam, dia ada hak nak bertanya dalam kumpulan WhatsApp yang ada semua pelakon. Jadi mungkin pengarah produksi boleh ingatkan saya.

Luahan hati Rafiena mengenai sikap segelintir artis.






