SELEPAS menerima hinaan digelar ‘geng secondhand’, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak berdiam diri dan terus mencari individu yang menulis komen berkenaan.
Berjaya mendapatkan nombor telefon lelaki tersebut, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut memaklumkan dia sudah mengesan tempat kerja individu dikenali sebagai Afiq Azni itu.
“Mamat Afiq ini mesti tidak pernah kena apa-apa. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat dia terlepas.
Puteri Sarah mendedahkan akaun individu yang menghinanya di media sosial.