USAHAWAN Mohamad Hanif Omar tampil menepis dakwaan dibuat oleh ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.
Menurut Hanif, 29, dia sama sekali tidak pernah menjanjikan pulangan sebanyak itu, malah syarikat WD Food Group sudah membayar sebanyak RM800,000 sebagai keuntungan daripada pelaburan yang dilakukannya.
Malah, syarikat juga sudah berjanji untuk memulangkan kembali wang pelaburan asal sebanyak RM300,000 pada November depan.
Hanif (tengah) hadir ke sesi mediasi di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.