CEF selebriti Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam kecewa apabila program masakan kini hanya sekadar menjadi program hiburan tanpa memberi informasi bermanfaat kepada penonton.
Chef Zam, 54, berkata, program masakan tidak sepatutnya sekadar berkongsi resipi tetapi perlu menyelitkan ilmu ketika berada di dapur.
“Saya pernah menonton sebuah program menggunakan papan pemotong sama untuk daging serta sayur-sayuran. Itu salah! Perkara itu boleh menyebabkan keracunan makanan.