ANGGOTA kumpulan Shinee iaitu Onew bakal bertemu peminat menerusi Guess! Onew Fanmeeting 2024 in Malaysia pada 27 Julai depan.
Pertemuan bersejarah Onew atau Lee Jinki, 35, adalah yang pertama di negara ini selepas 16 tahun membabitkan diri dalam dunia hiburan.
Acara yang ditunggu-tunggu peminat setia Onew itu bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Onew menjanjikan pengalaman seperti temu janji pertama kepada peminat.