PENYANYI Azharina mendedahkan gagal menahan air mata ketika menghubungi gurunya sejurus selepas membuat persembahan di minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ALGV) pada malam Ahad kerana melakukan kesilapan di pentas berkenaan.
Kata Azharina atau Azharina Azhar, 38, apa yang membuatkan dirinya sedih adalah dia tidak dapat memberikan persembahan terbaik selepas seminggu menuntut ilmu dengan empat guru yang cukup arif dalam bidang nyanyian.
“Saya telefon empat orang guru saya dan minta maaf. Itu taggungjawab saya sebagai anak seni. Saya harus belajar untuk terima kekurangan.