TERSILAP langkah ketika melakonkan babak aksi menyebabkan pelakon Azira Shafinaz terpaksa menanggung kecederaan di bahagian pergelangan tangannya.
Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata kejadian itu dia menggunakan tangan untuk mengelakkan dirinya jatuh lebih teruk namun tidak menyangka lain pula yang berlaku.
“Saya sebenarnya tengah jalani penggambaran untuk filem Nafsu. Ada satu babak itu ada sesuatu kejadian terjadi dan saya sepatutnya disambut kru di lokasi.
Azira kongsi beberapa foto keadaan dirinya semasa dirawat.