PELAKON Elfira Loy kesal apabila luahan hatinya di media sosial sebelum ini disalah tafsir segelintir pihak sehingga ada menyangka dia sedang berdepan kemelut rumah tangga.
Menyelar tuduhan tersebut, Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkata kesedihan yang dirasakan disebabkan alasan lain dan tiada kaitan dengan rumah tangganya.
“Suka-suka dia nak kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka mendatangkan fitnah ke?
Elfira berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.