PENYANYI Datin Alyah berkongsi berita gembira apabila memperkenalkan orang baharu dalam rumah tangganya bersama pemuzik terkenal Datuk Ramli MS iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Izzara.
Alyan atau Nor Hasliah Abu Hasan, 43, menyifatkan dia dan suami tidak pernah merancang kehadiran Nur Izzara namun menyifatkan ia perancangan terbaik dari Allah SWT.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami… Tidak pernah terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambaMu,” katanya.