SYAWAL yang berlabuh angkanya menjadi penutup kepada portal hiburan dan gaya hidup, mStar menganjurkan majlis kesyukuran dan jamuan raya rumah terbuka.
Bertemakan Terpaling Syawal mStar, majlis yang diadakan di Rumah Abang Jamil, jalan Ipoh pada Rabu itu bertujuan merapatkan hubungan antara petugas portal ini, rakan artis, penggiat seni serta rakan niaga yang banyak bekerjasama dengan mStar.
Tetamu hadir sempat merakam gambar kenangan bersama.
Majlis yang bermula kira-kira pukul 5.30 petang itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 400 tetamu antaranya, Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star, Datin Paduka Esther Ng, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Timbalan Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) Datuk A Aida serta produser Pensil Picture, Datuk Ayu Puteh.