PENYANYI dan penyampai radio Mawi menolak dakwaan rumah tangganya dengan isteri iaitu Ekin Rahmat sedang bergolak selepas beberapa hantaran mengenai perkara itu tular di laman sosial Facebook.
Mawi atau Asmawi Ani, 42, sebaliknya menegaskan hubungannya dengan Ekin berada dalam keadaan baik dan apa diperkatakan tentang rumah tangga mereka adalah fitnah.
Kata juara program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, dia dimaklumkan mengenai gosip berkaitan rumah tangganya menerusi kenalan memandangkan dia kurang aktif di Facebook.







