PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menuntut campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu perolehan rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada mStar, Presiden PTVM iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli memberitahu masalah berbangkit itu telah memberikan kesan buruk kepada ramai penggiat seni termasuklah tiada peluang pekerjaan.
Justeru itu, Jurey memohon kerajaan mengambil berat dan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini supaya nasib penggiat seni terbela.
Jurey mohon penjelasan berhubung isu perolehan RTM.