ANGGOTA kumpulan Infinite iaitu Kim Sung Kyu bakal menghiburkan peminat di Malaysia buat pertama kali sebagai penyanyi solo selama dua hari pada Ogos ini.
Sung Kyu bakal menghiburkan peminat menerusi konsert jelajahnya iaitu Asia LV3: Let’s Vacay, Sung Kyu yang sudah lama menantikan kemunculannya.
Kali terakhir Sung Kyu hadir ke negara ini sekitar 11 tahun lalu ketika konsert bersama Infinite.
Kehadiran Sung Kyu adalah untuk mengubati rindu peminatnya.