BERANG tidak dibenarkan masuk akibat mempunyai tunggakan bayaran penyelenggaraan, seorang pemuzik ditahan kerana mematahkan palang automatik di sebuah kondominium di daerah Ampang Jaya, Selangor.
Menurut Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung perkara daripada seorang eksekutif berusia 36 tahun pada tengah hari Selasa.
“Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang lelaki berusia 55 tahun berkenaan memintanya membuka pintu pagar automatik untuk masuk ke dalam kondominium.
Syarikat pengurusan tanggung RM1,500 kerosakkan pagar.