PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berjanji untuk menambah persembahan Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza selepas tiket konsert itu habis terjual dalam tempoh dua jam pada Khamis.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, perkara itu sukar dilakukan memandangkan tarikh konsert itu menghampiri bulan Ramadan yang dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.
Tidak hanya itu, Siti juga mahu memastikan gerak kerja teknikal dan produksi berjalan lancar supaya konsert dianjurkan itu memberi kepuasan kepada peminat.
Siti terharu kerana tiket konsertnya habis dalam tempoh dua jam sahaja.