SIAPA sangka penangan pelakon Zizan Razak berjaya ‘menyelamatkan’ sekali gus memulihkan perniagaan sebuah restoran yang hampir gagal.
Perkara itu didedahkan pemilik restoran tersebut memberitahu jumlah pelanggannya semakin meningkat selepas video Zizan menikmati makanan di restorannya tular.
“Beberapa kali kami ambil keputusan nak tutup terus kafe ini. Tidak sangka, Zizan Razak artis pertama yang sudi bawa keluarga dia datang sini.
Pemilik restoran berkenaan berkongsi perkara itu menerus hantaran di TikTok.