HAMPIR seminggu pemergian suami tercinta, pelakon Datin Seri Noniswara berkongsi antara hajat dan impian Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad yang tidak kesampaian semasa hayatnya.
Kata Nonis atau Noniswara Baharuddin, banyak impian arwah antaranya ingin memajukan kampung halamannya yang terletak di Kuala Krau, Temerloh, Pahang.
“Hajat dia banyak… dia mahu majukan kampungnya. Dia sedih melihat kampung tempat dia dibesarkan masih belum maju.
Gambar kenangan bersama Allahyarham suaminya.