PELAKON veteran Nona Asiah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura kira-kira pukul 4.25 pagi, Selasa.
Berita pemergian Asiah atau Asiah Aman, 94, disahkan sendiri oleh anak bongsunya iaitu Indra Shahrir Ismial yang juga seoarang pemuzik asal Singapura.
Menurut Indra, Allyarham telah dirawat di hospital berkenaan kerana masalah melibatkan buah pinggang, paru-paru dan jantung sejak dua bulan lalu.
Asiah pernah berlakon bersama Allyarham Tan Sri P. Ramlee ketika hayatnya.