KETIDAKHADIRAN penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sudah pun membayar denda dan menyelesaikan kes khalwat berkenaan.
Ruhainies dan Aliff sepatutnya berdepan perbicaraan kes berkenaan pada Khamis, namun kelibat mereka dan peguam tidak kelihatan di mahkamah.
Usaha mStar menghubungi Ruhainies dan peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh untuk mengesahkan perkara tersebut juga tidak berhasil apabila kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan.
Aliff dan Ruhainies tidak muncul di mahkamah pada 20 dan 27 Februari.