PENYANYI dan pengacara Alif Satar berkongsi kenangan lama pernah menjalani latihan bola sepak bersama kelab terkemuka iaitu Manchester United di England.
Cerita Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, dia tidak dapat melupakan momen indah beraksi bersama bekas pemain pasukan itu iaitu Wes Brown pada tahun 2000.
Sepanjang tempoh latihan itu, dia juga mendapat bimbingan daripada jurulatih Paul Scholesy.
Alif anggap pengalaman waktu kecil sangat berharga.