PENGAKUAN bekas suami pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mencuri perhatian apabila mendedahkan berasa gugup selepas bertemu dengan ‘kekasih’ lama yang terpisah sejak 15 tahun lalu.
Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 39, berkata, mereka sebelum ini pernah menjalinkan hubungan selama 10 bulan sekitar tahun 2009 namun terpaksa berpisah disebabkan gagal memberikan komitmen.
“Ya saya bertemu dengan seseorang. Kami bercinta pada 2009 dan 10 bulan selepas itu kami mengambil keputusan memutuskan hubungan tersebut,” katanya.