KUMPULAN Search tidak perlu melakukan aksi ‘luar biasa’ bagi membuktikan kemampuan mereka untuk menghiburkan 4,000 peminat di konsert Fantasia Bulan Salju yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland baru-baru ini.
Energi yang cukup sempurna seperti lagenda rock Rolling Stones dan Pink Floyd berjaya membuatkan kumpulan penyanyi berkenaan menjadi artis tempatan pertama yang mengadakan konsert di puncak Genting Highland itu.
Biar pun bertembung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu, konsert Fantasia Bulan Salju ini tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Kemantapan vokal Amy tidak boleh dipertikai.